Kisah Benar PERAK - Bekas cai UMNO
AGAK PANJANG SEDIKIT TETAPI LUANGKANLAH MASA MEMBACA UNTUK MENCARI KEBENARAN......
Rampasan Kuasa Perak - Kisah sebenar Rampasan Kuasa !!
Saya berkhidmat selama 29 tahun
dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang
tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung
khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. Di usia yang sudah
mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai
penyokong PAS.
Faktor utama ialah Allah telah
memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah
disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya
kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.
Faktor lain ialah berdasarkan
pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan
Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan
Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga
keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan
Umno-BN.
Saya hanya pegawai kerajaan yang
berjawatan Setiausaha Dewan Negeri, bertanggungjawab ke atas perjalanan
sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan juga
bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang
juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit mesyuarat.
Dalam DUN Bos saya ialah Speaker
Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos saya ialah Menteri Besar dan
dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula ialah Setiausaha Kerajaan
Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah
antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.
Di awal kemelut politik berlaku,
tidak ada yang mengenali saya ketika itu. Nama saya hanya muncul
apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN Perak.
Saya bertegas bahawa
tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan, saya
tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa menerima arahan pihak
atasan.
Semua kenyataan berkaitan sidang
dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas
kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu
kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker
yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.
Atas sebab kenyataan saya itu,
tercatat memori dan sejarah dunia apabila sidang DUN terpaksa diadakan
di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat dihalang memasuki dewan.
Harus diingat, mengikut
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur
dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau
hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan, dan apabila
berlakunya pembubaran DUN.
Ahli Dewan juga boleh membuat
usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya
mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan
iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan
DUN bagi pilihanraya semula diadakan. Ini tercatit didalam Perkara 16(6)
Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Dato’ Seri Nizar tidak pernah
dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan dan sebab itu saya tidak
terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tdak
terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya.
Apabila kerajaan Pakatan Rakyat
ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun
jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan
Pakatan Rakyat.
Tidak lengkap mendapat jawatan
Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker
berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di
Dewan Negeri.
Jadi jika inginkan kuasa sebenar
kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di
dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.
Semasa sidang DUN pada 7 mei
2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar
speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa
yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.
Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB
Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik
Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca
buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai
satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna
Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.
Saya tidak pasti siapa yang
mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff
dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik
bagi membantu Bentara Dewan.
Kejadian tersebut telah menjadi
sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara
Komanwel mahupun negara lain.
Semasa mula-mula Pakatan Rakyat
memulakan tugas, kami tertanya-tanya bagaimana corak pemerintahan dan
adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin
dengan gabungan tiga parti ini ketika itu.
Sebagai pegawai kerajaan, saya
menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai kerajaan hanya sebagai
pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat, apa yang
mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya asalkan tidak bertentangan
dengan etika perkhidmatan.
Perbezaan yang sangat ketara
ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah
mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada kerenah birokrasi.
Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah
hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato’ Seri Nizar.
Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois.
Pemerintahan Pakatan Rakyat
sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya
supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat.
Dari segi ketekunan, saya dapati
diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil masa panjang cuma berhenti
untuk makan dan solat. Menteri Besar dan barisan EXCO begitu teliti
terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak.
Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.
Menteri Besar dan Exco tidak
pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana kertas, terserah kepada
saya sebagai setiausaha memilih kertas yang akan dibawa.
Dalam soal penjimatan kos jamuan
keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah makanan
sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos makanan kurang
daripada RM45 seorang berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM
45 seorang.
Waktu solat, surau di pejabat
SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan untuk berjemaah. Dato’ Seri
Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan
tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN.
Ketika bulan Ramadhan dihiasi
dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi, semua EXCO, ADUN
yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai
kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan selama
10 minit .
Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi.
Pemberian bubur lambuk yang
dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan Pakatan Rakyat serta
pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.
Ini baru perkara-perkara kecil,
belum sentuh bab lain seperti pemberian air percuma, pengecualian
kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun dan
Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan
sebagainya.
Setiap kali mesyuarat EXCO,
Dato’ Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa mencari jalan untuk
mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan betapa tekun serta
bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu rakyat.
Dalam mesyuarat Exco Pakatan
Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti
saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan.
Tuduhan BN yang mengatakan DAP
menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata.
Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato’ Seri Nizar memberi
peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka.
Saya mengambil contoh satu kes
menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato’ Ngeh Koo Ham selaku Adun
kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut.
Pada mulanya mesyuarat
mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato’ Ngeh
mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar
bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini
membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman.
Berlaku lagi satu kes meluluskan
satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua
tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan
dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak
diluluskan.
Mesyuarat menerima cadangan syor
tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco
dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan
permohonan tersebut dan mereka semua setuju.
Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.
Saya nak beritahu, BN sekarang
ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa pun bukan dengan cara
demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat melalui PRU yang lalu
sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN dapat kuasa setelah 3 orang
Adun mengkhianati mandat rakyat.
Oleh itu, saya rayu dan seru
seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan berani pada PRU akan datang.
Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat melalui kuasa rakyat. Saya yakin
Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali memerintah Perak selepas ini.
Percayalah saya telah mengalami
pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya
akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan dalam
PRU13 akan datang.
Abdullah Antong
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
No comments:
Post a Comment