Umat Islam Mesir berdoa supaya Allah mengembalikan pemerintahan Islam Morsi |
Seluruh dunia Islam terkejut dan sedih dengan kejatuhan presiden Morsi.
Tetapi selain dari Israel, sebuah negara yang menjadi kiblat umat Islam
amat gembira dengan penggulingan tersebut. Beberapa jam sahaja slepas
presiden Mesir, Muhammed Morsi dari Ikhwan digulingkan, rejim Saudi
dengan serta-merta mengucapkan tahniah kepada presiden sementara Adly
Mansour. Saudi merasa amat gembira dengan kejatuhan mengejut parti Islam
itu selepas beberapa dekad menjadi pembangkang.
Adalah ironik Saudi yang melaung-laungkan bahawa mereka memerintah
berdasarkan undang-undang Islam tetapi amat bimbang dengan kebangkitan
parti Islam menguasai negara. Sebenarnya seperti juga kebanyakan negara
barat, Arab Saudi merasakan lebih selesa bergabung dengan pemimpin
diktator tentera Mesir Presiden Husni Mubarak yang telah ditumbangkan.
Tetapi apabila Ikhwan Muslimin berjaya mengambil alih kuasa dan dilantik
menjadi presiden pada 2012, Riyadh merasa bimbang. Arab Saudi selalu
menghadapi masalah hubungan dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai kaedah
yang berbeza dalam mengembangkan islam, dan keupayaan organisasinya
yang cekap, pengaruhnya semakin berkembang adn juga penyertaannya dalam
pilihanraya semakin diterima rakyat.
Golongan terpelajar Saudi semakin tertarik dengan pendekatan Ikhwan dan
tertarik dengan gerakan masyarakat yang dijalankan melalui kerja-kerja
amal dan kebajikan. Kebanyakan mereka kecewa dengan sekatan golongan
Wahabi-Salafi yang mengharamkan penyertaan politik dan mematuhi
peraturan yang ditetapkan secara mutlak tanpa perbincangan. Mereka
mendapati pendekatan secara perbincangan terbuka lebih diterima oleh
masyarakat. Kekosongan ideologi politik nasionalis dan sosialis arab
selepas 1967 telah mula digantikan dengan politik Islam.
Bagi mengekang pengaruh Ikhwan Muslimin, pihak berkuasa agama Arab Saudi
mula mengecamnya sebagai faktor pemecah-belah dan menuduhnya
bertentangan dengan agama. Arab Saudi mula menyekat kegiatan Ikhwan
selepas ia mengecam tindakan Saudi mengundang tentera asing yang
diketuai AS untuk mengusir Saddam Husien dari Kuwait dalam perang 1990.
Selepas peristiwa 9/11, prasangka Saudi terhadap Ikhwan bertukar kepada
perseteruan. Putera Nayef menuduh Ikhwan menjadikan pemuda Saudi sebagai
radikal dan menuduhnya bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku
dalam tahun 2003 hingga 2008. Tetapi beliau gagal membuktikannya dan
beberapa peristiwa kekacauan yang berlaku adalah akibat dari masalah
dalaman Saudi sendiri.
Sikap permusuhan Saudi terhadap Ikhwan sebenarnya melampaui batas
tuduhan sebagai pengganas. Ia berdasarkan beberapa faktor yang
menyebabkan adalah sukar untuk rejim tersebut bergabung dengan Ikhwan.
Pada asalnya, dinasti Saud tidak terlalu bimbang dengan pengaruh Ikhwan
kerana pergerakan itu hanyalah sebagai pembangkang. Tetapi selepas
Ikhwan berjaya di Mesir dan Tunisia dan kemungkinan Syria, pandangan
Riyadh terhadap Ikhwan telah bertukar sama sekali. Mereka bimbang
kebangkitan pengaruh Ikhwan akan mengembangkan pengaruh pergerakan
tersebut didalam kerajaan beraja itu.
Saudi Arabia yang selama ini dianggap sebagai mewakili negara Islam
Sunni dalam menghadapi seteru kuatnya iaitu Iran yang mewakili Syiah.
Oleh itu apabila Ikhwan menyeru kepada perpaduan Islam sebaik saja
memegang kuasa di Mesir, ia telah mengendurkan sedikit pertikaian
Sunni-Syiah, pihak Saudi terasa tercabar. Bila Morsi membuat lawatan ke
Iran pada 2012, Saudi mengecam pendekatan tersebut dengan keras. Saudi
melihat Mesir di bawah Morsi ingin keluar dari pengaruhnya.
Apabila Ikhwan menjalinkan hubungan yang rapat dengan Qatar, Saudi
melihat ia sekali lagi cuba mengurangkan pengaruhnya dalam kalangan
negara teluk. Gerakan Ikhwan dilihat oleh Saudi tidak boleh dipercayai
dan tidak berterima kasih dan pengaruhnya sudah berada disempadan.
Pengaruh Ikhwan di Qatar mula berkembang melalui medan bicara ilmiah,
media massa dan badan pemikir amat dibimbangi akan turut berkembang ke
Saudi akhirnya boleh mencabar kerajaan beraja tersebut.
Pihak Saudi juga bimbang wujudnya rangkaian tiga serangkai iaitu Mesir,
Turki dan Qatar (satu-satunya negara teluk yang mempunyai hubungan rapat
dengan Ikhwan), akan menjejaskan lagi pengaruhnya di Timur Tengah.
Kejatuhan kerajaan pimpinan Ikhwan Muslimin di sambut amat gembira oleh
pihak media Saudi sebaliknya di tangisi oleh seluruh dunia Islam.
Kononnya wartawan bebas di Saudi mengucapkan tahniah kepada rakyat
Mesir kerana menyingkirkan apa yang mereka sifatkan kerajaan Islam
diktator tetapi mereka buat-buat lupa tentang diktator yang mencengkam
mereka.
Pada masa ini dikalangan pergerakan Islam di Arab Saudi sudah mula
tersebar bahawa Arab Saudi bersama UAE adalah dalang kejatuhan Morsi.
Walaupun setakat ini ia berhasil memberi kelegaan kepada Saudi, tetapi
hakikatnya seluruh Mesir berada dalam keadaan huru-hara dan bertempur
sesama sendiri.
Arab Saudi telah berjaya dalam misinya dalam menjatuhkan Parti Islam
yang mencabar pengaruhnya, merupakan satu isyarat yang jelas juga kepada
mana-mana wilayah yang cuba mengembangkan gerakan Ikhwan. Walaupun apa
pun berlaku kepada Mesir dan walau apa pun berlaku kepada Gaza, yang
penting kepada dinasti Saud ketika ini, inilah saat untuk bergembira
yang dinanti-nantikan!