Saturday, April 14, 2012

GLOBAL MIIM MELAYU ISLAM ISLAMKAN MELAYU

GLOBAL MIIM SEBUAH BLOK YANG BERJUANG UNTUK MEMAHAMKAN ORANG MELAYU SIAPAKAH MEREKA. APAKAH KEKUATAN DAN KELEMAHAN YANG ADA PADA MEREKA.

TUJUANNYA UNTUK MENGUASAI DIRI. MELAYU MESTI BERJUANG, MESTI BERSAING DAN MENGUSAI DUNIA KITA DAN PERSADA ANTARABANGSA. KITA MESTI MELETAKKAN DIRI KITA DENGAN KUKUH DI NUSANTARA, DI DUNIA ISLAM DAN PASARAN GLOBAL SEBAGAI PEMAIN YANG DISEGANI.ADA PERANAN YANG BESAR ! INI SESUAI DENGAN KEDUDUKAN KITA YANG STRATEGIK DI DUNIA.






MASA DEPAN MELAYU TETAP CERAH INSYAALLAH. DENGAN ISLAM MELAYU PASTI MENYERLAH. DI SINI KITA PERTURUNKAN CIRI-CIRI MELAYU.SAMA ADA MENGIKUT PANDANGAN ORANG MELAYU ATAU PUN ORANG LUAR. MARI KITA MENINJAU :



Melayu.. puisi lama dan puisi "world"

Ada masa untuk berubah ada masa untuk tetap berpegang pada budaya dulu, bandingkan puisi hal Melayu Usman Awang ini dengan puisi Melayu baru yang membawa angin baru Melayu untuk lebih sesuai di abad ini;


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


NUKILAN
Almarhum Usman Awang


Melayu....

Gadis, mana melayumu?
Adakah pada lunaknya suara,
Yang sayup ke gegendang telinga
Atau pada moleknya wajah,
Yang tersenyum pada jejaka

Gadis, bila melayumu?
Adakah bila orang bertandang,
Lalu tersipu kau duduk bersimpuhan
Atau kala bulan mengambang,
Lalu berdendang kau rayu bulan

Gadis, apa melayumu?
Adakah pada barisan nama
Yang hulu ke hilir kau bawa
Atau pada hitamnya warna
Rambut kau sanggul bagai mahkota

Gadis, bagaimana melayumu?
Adakah dengan berbatik kebaya
Lalu menyantun bila dipuja
Adakah hanya mengaji membaca
Lalu melayu dirimu dikata

Melayu bukan hanya pada wajah
Yang ayu berkebaya, yang molek berbatik jawa

Melayu bukan hanya pada suara
Yang lunak berpantun, yang leka bergurindam seloka,

Melayu bukan hanya pada laku
Yang diam tersipu, yang layu menunduk bisu

Melayu itu jatidiri
Setulus seikhlas hati
Melayu itu seluas pandang
Biar tiada berhias barang
Biar tiada beremas jelang
Biar tiada bersimpuh silang…


Hartini Omar (31/10/2008)

Melayu itu halus peradabannya
dunia itu pentasnya,
borobodur itu binaannya
nusantara kampungnya,
berdagang, bertani meredah lautan dengan penisinya
membina kota dimana-mana
Orang kuala itu melayu, tapi kecil bilangannya
Jawa, Bugis, Minang, Acheh, Moro, Kape, Cham, Pattani, Manila itu Melayu
bertaburan di seluruh dunia
Melayu itu berani kerana benar
kecut takut jika bersalah
janji sentiasa di kota
Biar mati adat jangan mati syariat
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan asal kan dapat pulangan dan ada kiraan
hujan emas dinegeri orang akan ditinggalkan negeri sendiri
tak kan ditinggal anak kebuluran


No comments:

Post a Comment