The new PM to be-Lagu perisai hasil lirik Pali Ahmad
MESEJ HARI INI DEMI MASA DEPAN -BETRAND RUSSLE
BETRAND RUSSEL seorang pengarang dan ahli falsafah terkenal pada abad ke 20. Salah sebuah bukunya yang terkenal berjudul The Power menjadi rujukan utama Dr Mahathir. Buku itu kelihatan berada di atas meja pejabat perdana menteri .
Di bawah disajikan pandangan dan mesej
hidup demi keamanan dunia. Lahir pada tahun 1972 dan meninggal pada
tahun 1970. Ia menyaksikan wajah dunia diambang pemodenan dan melihat
tragedi Perang Dunia I dan II . Beliau terlibat dengan pertentangan
falsafah dan idelogi . Sama ada feudalisme ,kapitalisme, sosialisme,
komunisme , fasicme, kediktatoran dan sebagainya.
The trouble with world is the stupid is cocksure and the inteligent are full of doubt
Beliau telah mengungkapkan kata-kata bijaksana :
Dunia menjadi kacau kerana
orang bodoh yang terlalu yakin, taksud dengan kepalsuan dan orang
bijak yang penuh keraguan tentang kebenaran .
Di bawah salah sebuah interview apa bila
di tanya apakah pengajaran yang beliau dapat daripada perjalanan hidup
yang panjang dan apakah beliau pelajaran daripadanya.
Jawapannya ada dua dari segi intelktual dan moral.
SITUASI PRU KE 13 USAHA MEMECAH MONOPOLI – RAKYAT LAWAN NINGRAT
CALON PARLIMEN PR BALIK PULAU SAUDARA BAKHTIAR WANCHIK
ketika menyampaikan ucapan memperkenalkan diri di Teluk Bahang pada
Sabtu 12 April 2013 sebagai calon PRU ke 13 menyatakan berdasarkan
analisis beliau bahawa :
Pertarungan kini bukan di antara Barisan
Nasional dengan Pakatan Rakyat tetapi di antara BN dengan kebangkitan
rakyat.Rakyat bukan sahaja tidak puas hati malahan menolak dasar-dasar
BN yang menzalimi rakyat .Dasar-dasar BN yang membebankan rakyat dengan
berbagai bebanan cukai, charge dan kutipan.
Kesimpulannya rakyat menuntut perubahan menerusi dasar-dasar baru yang lebih telus, seimbang dan bertimbang rasa.
Mengapakah ini semua berlaku. Jawapannya
kerana ekonomi kita tidak bersifat terbuka. Wujud monopoli dalam
punca-punca ekonomi kita terutama sumber asli negara kita yang dikawal
oleh pihak-pihak tertentu secara rakus dan mulak.
Sebab itu polisi yang dibuat terarah
untuk tunduk kepada syarikat-syarikat multinasional yang dikendali oleh
beberapa nama besar seperti Syed Mokhtar Al Bukhari, YTL , Ananda
Krishnan dsbnya.
Kadang-kadang keputusan yang pelik
dibuat. Kontrek Petronas Syarikat Nasional kita yang selama ini
membekalkan minyak kepada MAS dihentikan untuk diberi kepada Syarikat
Baru iaitu PETRON. Adakah orang yang ada kepntingan dalam PETRONAS boleh
membuat keputusan yang merugikan PETRONAS .
Begitu juga dengan TOL. Kerajaan terikat
dengan PLUS untuk membayar pampasan sekiranya TOL tidak dinaikkan atas
permintaan PLUS untuk satu jangka masa yang ditetapkan. Akibatnya TOL
terpaksa dinaikkan secara berterusan.
Implikasinya pengguna iaitu rakyat
menanggung beban yang berterusan.TOL mahal ,letrik mahal, harga gula
dinaikkan, harga barang makanan naik menggila harga rumah dan bahan
binaan usah dikatakan lagi!.Hampir tidak ada kawalan lagi untuk
mengimbanginya.
Dalam hierarki kekuasaan kerajaan yang
diwakili dan kuasa rakyatlah yang tertinggi bukannya syarikat .Namun
dalam realiti ia tidak begitu. Kerajan terpaksa tunduk kepada kehendak
korporat.
Oleh itu usaha memecah monopoli ini
hanya satu iaitu kuasa para elit penguasa yang rakus iaitu para NINGRAT
DI PENTAS KUASA wajar dikurangkan atau ditolak. Mereka harus diimbangi
dengan kuasa yang pro rakyat .
Itu pun jika rakyat faham dengan amalan
dan perjalanaan sistem ekonomi kini. Penguasaan ekonomi yang bersifat
monopoli tanpa diimbangi dengan dasar-dasar yang yang lebih telus dan
terbuka yang bersifat kerakyatan.
PRU bukan sekadar pengesahan terhadap
ketuanan tertentu tetapi reformasi perubahan untuk keadilan. Agihan
ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.Ia boleh dilakukan menerusi peti
undi dengan menyokong transformasi yang tulin bukannya transformasi
buatan yang bersifat propaganda .
Dasar -dasar yang bersifat gimik
“gula-gula pilihanraya” dan sementara. Silau dan manis untuk jangka
pendek Pada jangka panjangnya rakyat akan menderita. Selamat mengundi
demi perubahan yang sebenar.
KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT PERUBAHAN MEMBAWA KEBERKATAN
LONTARAN KATA-KATA HARI INI DARIPADA WIDJI THUKUL
KATA DAN IDEA BUKAN SEKADAR LONTARAN.IA
ADA IMPAKNYA. KATA DAN TINDAKAN HARUS DIBARENGI DENGAN TANGGUNG JAWAP
UNTUK MENGHINDARI IMPLIKASI YANG LEBIH BURUK.
DALAM
SITUASI MALAYSIA KITA MASIH ADA SISTEM YANG MEMBOLEHKAN PERUBAHAN
BERLAKU SECARA AMAN DAN DEMOKRATIS TANPA PERLU MENUMPAHKAN DARAH.
TIDAK SEBAGAIMANA YANG BERLAKU DI
INDONESIA ,MESIR, TUNISIA DAN LIBYA. KITA WAJAR MEMILIH YANG TERBAIK DAN
MENGHANTAR MESEJ YANG KUAT BUAT SATU PERUBAHAN SELEPAS 50 TAHUN LEBIH
MERDEKA.
MEMNJAM KATA-KATA PROF CHANDRA MUZAFFAR DI AWAL REFORMASI:
YANG LAMA HARUS PERGI NAMUN YANG BARU BELUM MUNCUL LAGI !
KINI YANG BARU DENGAN AGENDA PERUBAHAN UNTUK YANG LEBIH BAIK TELAH MUNCUL.TUNGGU APA LAGI !
PRU KE 13 :JAWAPLAH HUJAH DENGAN HUJAH BUKANNYA AMUKAN EMOSI
BANYAK JASA BAIK UMNO UNTUK NEGARA. BANYAK YANG BOLEH DITONJOLKAN HASIL DARIPADA CETUSAN PEMIKIRAN PARA PEMIMPIN UMNO.
DASAR
EKONOMI BARU, LAHIRNYA GOLONGAN MENENGAH MELAYU YANG BESAR DI BANDAR,
LAHIRNYA KELAS INTEKTUAL MELAYU YANG MENGUASAI PENGURUSAN PERINGKAT
TINGGI UNIVERSITI,
SYARIKAT KORPRAT MEGA YANG
DITERAJUI PARA CEO MELAYU, RISDA, FELDA, PNB YANG BERJAYA MENGUMPUL
RATUSAN BILION, TABUNG HAJI DAN BERBAGAI PERKARA YANG TIDAK TERFIKIR
SEBELUM MERDEKA.
MENGAPA INI TIDAK DIJADIKAN HUJAH YANG PERLU DILONTARKAN SECARA KONKRIT.
INI MENUNJUKKAN PARA PEMIMPIN UMNO KETANDUSAN IDEA, PANIK DAN HILANG
PUNCA. HANYA BERPADA DENGAN MENGAMALKAN POLITIK UNGKIT, FITNAH DAN
MENIMBULKAN KETAKUTAN .
KESIHAN ! BOLEHKAH BERTAHAN ?
ORANG SEPERTI TUN MUSA HITAM DAN TAN SRI RAZALEIGH PUN DIPINGGIRKAN.
TIDAK DAPAT TEMPAT UNTUK MENJADI JURU PENASIHAT KEPADA PARTI YANG DULU
MEDAN PERJUANGAN MEREKA. YANG TERPAKAI SEORANG SAHAJA . FAHAM-FAHAM
SAJALAH SIAPAKAH DIANYA .