SADAM HUSSEIN PRESIDEN IRAQ SELAMA 3 DEKAD.BELIAU DIBICARAKAN DI BAWAH MAHKAMAH IRAQ YANG DIKUASAI AS. DALAM KEADAAN BEGITU BELIAU BERUPAYA MELAWAN DAN MENDEDAHKAN KEBEJATAN AS .
Monday, December 24, 2012
Wednesday, December 19, 2012
Sebuah Dokumentari Tentang Kepercayaan Manusia
Jelajah seluruh dunia untuk melihat kepercayaan manusia di seluruh dunia.Kembara ini membawa kita di Tibet ,China ,India,Nusantara ,Afrika dan seantero dunia. Di sana akan terlihat pola dan bentuk kepercayaan manusia.Manifestasinya dilahirkan.Hasil daripadanya menunjukkan sifat manusia yang lemah, tunduk kepada kuasa-kuasa alam. Manusia telah ditipu diperbodohgkan oleh Syaitan. Manusia bangga dengan sembahannya.Sedangkan ia hanya perantara
Sunday, December 9, 2012
KEBANGKITAN ISLAM BERMULA DARI TIMUR
Allah
telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah
telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah
wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya
kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka
diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif
atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam
terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal
berlaku.
Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda:
Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian. – (Riwayat Ahmad)
Demikianlah
Allah SWT telah menyiapkan satu grand design untuk umat Rasulullah SAW.
Kini, sesudah lebih 1400 tahun kewafatan Nabi penutup SAW, sebahagian
besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku. Melalui
Hadis ini, terdapat satu janji Allah SWT yang belum berlaku tapi bakal
berlaku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman
Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.
Jadual
Allah SWT yang telah Berlaku.Telah banyak jadual Allah SWT yang terjadi
dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua
jadual besar positif yang telah pun berlaku.
1. Rom dan Farsi akan Jatuh ke Tangan Islam
Ketika
menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah
memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat
Islam.
Rom
dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan
Rusia (sebelum kejaAllah SWTnya dalam tahun 80-an). Dan ternyata Hadis
itu terbukti dengan jatuhnya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera
Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan jadual ini Allah SWT
nyatakan dalam firman-Nya:
Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergembira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)
2. Konstantinopel Jatuh ke Tangan Islam
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas. (Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uqduddurar fi akhbar Al Muntazar.
Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya. (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)
Para
Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji Allah SWT
tentang kejaAllah SWT Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan
merekalah berlaku janji tersebut. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600
tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan
Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya
Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara
di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih
dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang
ditinggalkan itu.
Jadual Allah SWT Untuk Umat Islam Akhir Zaman
Allah
SWT telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita
sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk membuktikannya sebagaimana
para Sahabat dahulu. Antara janji-janji Allah SWT dalam jadual-Nya untuk
zaman ini seperti berikut:
1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman
Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman. (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)
2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi. (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)
3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka. (Riwayat Abu Daud)
4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman
i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman. (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)
ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain, daripada Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya:
Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia dipenuhi kezaliman.
iii.
Sabda Rasulullah SAW lagi, dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al
Khatib dalam Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya sabda
Rasulullah SAW:
Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia.
5. Putera Bani Tamim dari Timur pemegang panji-panji Imam Mahdi.
Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al Ausat, maksudnya: Dari Ibnu Umar
bahawa Nabi SAW telah memegang tangan Sayidina Ali dan bersabda:
Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama (yakni dengan mencarinya) Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi. – (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
6. Jemaah kebenaran pimpinan Putera Bani Tamim mendapat kemenangan di Timur dan merintis jalan untuk Imam Mahdi.
i. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya,
Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah datangnya ketentuan Allah (Kiamat). - (Riwayat Muslim)
ii.
Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim,
maksudnya: daripada Tsauban, telah bersabda Rasulullah SAW:
Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mereka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji. - (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
iii. Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi telah bersabda Rasulullah SAW:
Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi. - (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
v. Hadis Ibnu Mas‘ud Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata:
Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi. - (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)
7. Pengisytiharan Imam Mahdi pimpinan ummah di Mekah
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya: “Inilah Al Mahdi sebagai khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mendapat kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang berbai’ah kepadanya antara rukun Al Aswad dan maqam Ibrahim, yang pertama sebanyak bilangan ahli Badar, kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutus kepadanya tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera (panji-panji) hitam dan mereka menuju ke Syam. Dan Allah menghantar kepadanya 3000 malaikat dan Ashabul Kahfi adalah di antara pembantunya. - (Al Hadis dari kitab As’afur Raghibin)
Sesuai
dengan janji Allah dan bukti-bukti nyata maka Islamlah yang akan
menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini giliran
Islam. Islam akan bangkit kembali dan menjadi sebuah empayar dan sekali
lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia akan
diserahkan lagi kepada umat Islam sebagaimana Allah telah menyerahkannya
kepada Rasulullah dan para Sahabat.
Kita
kini berada di akhir zaman yang mana sedang berlaku kemuncak kerosakan
di lautan dan di daratan. Segala sistem hidup yang ada hari ini telah
begitu rosak. Semakin dicari penyelesaian semakin kronik keadaannya.
Pembunuhan, pergaduhan, peperangan, penzaliman, penindasan,
tipu-menipu, mementingkan diri, jatuh-menjatuhkan dan lain-lain berlaku
di mana-mana. Masyarakat manusia sudah tidak ada kasih sayang, tidak
boleh bekerjasama, tidak bertolak ansur dan tidak bertolong bantu.
Pergaduhan berlaku di antara suami isteri, anak-anak dengan ibu bapa,
murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dan pemimpin, negara dengan
negara lain. Manusia sudah hilang kemanusiaannya.
Watak
dunia hari ini menunjukkan sudah sampai masanya Allah SWT mengutuskan
penyelamat bagi memimpin manusia serta membaiki segala kerosakan yang
berlaku. Begitulah sejarah memberitahu kita. Tambahan pula kita kini
berada di sekitar awal kurun yakni awal kurun ke-15 (suku kurun
pertama). Di waktu inilah sepatutnya; sepertimana berlaku di kurun-kurun
sebelum ini; lahirnya seorang mujaddid.
Jadual
Allah SWT untuk umat akhir zaman ini nampaknya sedang berlaku di waktu
ini. Kebangkitan Islam kali pertama sedang berulang di sebelah Timur
dengan kehendak Allah. Kita dapat lihat suatu kebangkitan Islam sedang
melanda dunia terutamanya di nusantara ini. Inilah dia akhir zaman yang
dijanjikan itu.
Rupa-rupanya
akhir zaman yang dimaksudkan ialah sekitar kurun ke-15 Hijrah ini. Dan
Timur yang dimaksudkan ialah Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia,
Indonesia dan sekitarnya. Walau bagaimanapun kebangkitan di Malaysia
nampaknya lebih menonjol.
Berdasarkan Hadis tentangnya, secara umumnya Jadual Allah SWT itu berlaku seperti berikut:
•
Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur),
bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan
kembali agama-Nya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim
tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Ini kerana seperti yang kita
tahu, orang-orang Arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah
berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab) maka tidak pelik kalau
Putera Bani Tamim itu sudah nipis Arabnya. Rasulullah tidak menyebut
salasilah tetapi banyak memperkatakan tentang ciri-ciri fizikal Putera
Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan dan pengikutnya. Sebab itu
untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah
ciri-ciri dan stail perjuangannya, bukan salasilahnya.
•
Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan atau
jemaah atau toifahnya kemudian membesar. Sifat toifahnya mirip kepada
jemaah Rasulullah kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti
gagak-gagak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya sangat
berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah. Cita-cita dan azam
mereka kental dan besar. Ibarat kalau mereka hendak meratakan gunung
sekalipun, dapat mereka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis yang
panjang menyebut malaikat Jibril a.s. sebagai berkata:
Maksudnya:
“Maka Allah Azzawajalla mengumpulkan sahabatnya (Al Mahdi) sejumlah
ahli perang Badar atau tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan
singa jantan yang keluar dari hutan, hati mereka bagaikan besi waja,
kalau mereka bercita-cita untuk mengubah gunung nescaya boleh
dilakukannya. Gaya mereka adalah satu dan pakaian mereka juga satu,
seolah-olah bapa mereka bapa yang satu.” – (Dipetik dari kitab Aqdur
Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s. 95)
•
Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa negara di mana
dia berjuang tetapi tidak diberikan. Namun dia dan pengikutnya terus
berjuang hingga akhirnya berjaya negara itu diserahkan padanya. Ertinya
toifah kecil itu telah membesar ke peringkat daulah Islamiah.
•
Terdapat juga Hadis yang menyebut Putera Bani Tamim juga diterima
kepimpinannya di Khurasan. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu
Nuaim berbunyi:
Dari Tsauban r.a. dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu lihat panji-panji hitam telah diterima di sebelah Khurasan maka datangilah ia sekalipun merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah iaitu Al Mahdi.
•
Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama selepas itu (dua
tahun) zahirlah Imam Mahdi. Namanya sama seperti nama Rasulullah, nama
bapa dan nama ibunya sama seperti nama bapa dan ibu Rasulullah yakni
namanya Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah.
Tentang
Imam Mahdi, Rasulullah mengaitkan dengan baginda dari segi hubungan
darah. Maka faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting, sebab ia
disebutkan di dalam Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi,
Rasulullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizikalnya.
•
Putera Bani Tamim kerana rapat dengan Imam Mahdi seperti rapatnya Nabi
Harun dengan Nabi Musa, maka telah menyerahkan kuasa negaranya kepada
Imam Mahdi, jelas disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah, antara Hajar
Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan dirinya sebagai Imam
Mahdi.
• Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi dilakukan oleh Putera Bani Tamim.
•
Apabila Imam Mahdi berkuasa, maka Islam akan berkembang ke seluruh
dunia. Tetapi ramai lagi manusia yang belum Islam hingga turunnya Nabi
Isa a.s. Dunia dan manusia seluruhnya akan masuk Islam. Terjadilah
keamanan sejagat melalui pemimpin tiga serangkai: Putera Bani Tamim,
Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.
Setelah
kedatangan Nabi Isa a.s., semua manusia akan masuk Islam. Maka
selamatlah manusia daripada api Neraka. Itulah dikatakan rahmat Allah
SWT kepada seluruh manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)